10 November 2012

Malaysia Successful Businessman - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari – OnlyAtMalaysia.blogspot.com
Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa? BERNAS! BERNAS milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik Felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar. MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar sepenuhnya!

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP! IPP terbesar di Malaysia Malakoff, milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la. Naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja. Honda Malaysia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat! Bank Muamalat milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance! Uni Asia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM! Puspakom milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat? MMC! MMC milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!

Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la. Nak pergi Johor! Senai Airport milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la. Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port! Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Ok la. Orang iKL, naik MRT sahaja la. Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? MMC! MMC milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Macam ni la. Tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri SyedMokhtar Al Bukhari, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan!

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari is indeed a successful Malaysian businessman.

0 comments:

Post a Comment

How to work smart at home